• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Adrevolusi

Blog Pemasaran Digital

Cara Nak Bina Komputer Untuk Edit Foto Dan Video

Cara Nak Bina Komputer Untuk Edit Foto Dan Video

August 8, 2019 by Adrevolusi 5 Comments

Untuk pemilik bisnes kecil, anda selalunya tak dapat lari dari hasilkan imej dan juga video. Bila bisnes berkembang dan anda dah guna aplikasi yang makin canggih, anda perlukan komputer yang berkuasa tinggi untuk buat suntingan. Dalam artikel ini saya nak tunjukkan cara nak bina komputer untuk edit foto dan video.

6 Perkara Anda Perlu Tahu Sebelum Bina Komputer Untuk Edit Foto Dan Video

1) Personal Computer (PC) atau Mac?

Bila beli komputer baru, anda mungkin pertimbangkan nak beli PC atau Mac. PC biasanya menggunakan Windows sebagai operating system dan Mac menggunakan Apple OS.

Ramai yang cadangkan beli Mac untuk benda melibatkan multimedia macam foto dan video. Tambahan pula interface Apple OS cantik dan mudah digunakan.

Saya secara personal lebih sukakan PC. Ini kerana PC lebih versatile dan anda tak terikat dengan produk Apple yang biasanya lebih mahal.

Dengan PC, anda boleh pasang sendiri komponen yang anda mahukan. Anda nak PC yang berkuasa, anda beli komponen yang mahal. Nak yang mid-range, beli komponen mid-range.

Dan yang lagi penting ialah, PC ada lebih banyak aplikasi yang anda boleh gunakan berbanding Apple.

Ada orang kata Apple lebih selamat kerana guna sistem Unix. Apa nak risau. Windows pun selamat juga, pasang je la aplikasi Internet Security.

Namun saya taklah prejudis dengan mereka yang nak beli juga Mac. Terpulang. Cumanya, artikel ini akan fokus kepada PC.

2) Laptop atau desktop?

Pilih desktop kerana ianya lebih berkuasa tinggi. Memang ada laptop yang sesuai untuk sunting foto dan video. Tapi masalahnya harga mencanak tinggi.

Lagi satu, nak edit foto dan video ni elok ada monitor yang besar. Kalau anda edit foto dan video guna laptop, memang tak best kerana paparan tu kecil. Ini menyebabkan kita jadi tak produktif.

3) Beli komputer siap atau pasang sendiri?

Anda ada pilihan sama ada beli terus desktop yang dah siap pasang atau beli komponen dan pasang sendiri.

Beli yang dah siap pasang lebih mudah. Tapi tentulah anda tak dapat nak tentukan komponen apa yang jadi prioriti anda.

Berbeza bila anda beli komponen sendiri. Anda beli komponen yang betul-betul anda perlukan sahaja dan tak membazir beli komponen yang tak perlu.

4) Saya tak reti pasang sendiri, macam mana tu?

Jangan risau. Anda boleh je minta kedai komputer untuk pasangkan.

Mereka mungkin kenakan caj sekitar RM100-RM200. Tapi berbaloilah. Jimat masa dan tenaga kalau nak buat sendiri.

5) Beli komponen kat kedai atau online?

Biasanya kalau beli kat kedai fizikal ianya lebih mahal dan anda tak boleh buat perbandingan harga kedai mana lebih murah.

Ada sesetengah pembekal juga harga kat kedai lebih mahal berbanding dengan kedai online mereka.

Oleh sebab tu lah saya cadangkan anda beli komponen online dan minta kedai baik pulih komputer pasangkan untuk anda.

6) Apa prioriti anda bila bina komputer pasang sendiri?

Benda apa yang anda edit dan juga aplikasi apa yang anda guna, menentukan komponen apa yang anda patut beli.

Kalau anda selalu gunakan aplikasi macam Adobe Photoshop, Lightroom dan juga Adobe Premiere Pro, anda perlu beri lebih prioriti kepada processor dan juga RAM.

Ada juga sesetengah aplikasi suntingan video macam DaVinci Resolve yang memerlukan anda untuk beri perhatian kepada Graphic Card.

Selain itu, kalau anda selalu edit foto dari jenis RAW dan juga video berformat 4K, RAM memainkan peranan yang penting. Kalau RAM setakat empat atau lapan gigabait, memang proses suntingan tu jadi lembab macam siput.

Cadangan Komponen PC

Untuk bina komputer, komponen yang anda perlukan adalah seperti berikut:

  • CPU
  • RAM
  • Motherboard
  • Hard disk
  • Graphic card
  • Power supply
  • Casing
  • Monitor
  • Aksesori

Fokus komputer yang kita nak buat ni untuk edit foto dan video. Saya akan syorkan komponen untuk bajet sederhana.

Saya jamin performance PC ni cukup untuk anda sunting foto RAW dan juga video yang berformat 4K.

1) Unit pemprosesan (CPU)

CPU adalah tempat pemprosesan data. Kelajuan biasanya diukur dengan unit Megahertz (MHZ) dan juga bilangan ‘cores’.

CPU pada zaman dulu hanya ada satu core dan hanya boleh jalankan satu kerja pada suatu masa. Berbeza CPU zaman moden yang ada lebih dari satu dan boleh menjalankan beberapa kerja serentak dengan efisyen.

Adobe Photoshop dan Adobe Premiere sangat mementingakan bilangan cores. Semakin banyak, semakin laju.

Oleh sebab itu, untuk tujuan suntingan video dan foto, saya lebih syorkan CPU jenama AMD berbanding Intel.

bina komputer ryzen 2700
Sumber: Newegg

CPU AMD Ryzen 2700 mempunyai kelajuan asas 3200 Mhz dan datang dengan 8 cores 16 threads. Ini bermakna ianya sesuai untuk jalankan banyak kerja serentak. Dengan CPU ini anda dapat jalankan kerja penyuntingan video dan foto dengan lancar.

Pada masa penulisan, AMD juga ada mengeluarkan varian 2700X dan 3700X yang anda boleh overclock. Bagi saya CPU tersebut kurang berbaloi kerana harganya lebih mahal dan anda tak perlu pun buat overclocking.

Harga CPU AMD Ryzen 2700 tengah murah sekarang sebab AMD tengah nak lancar CPU generasi baru. Anda boleh tunggu CPU macam AMD 3700.

Tapi biasanya harga pelancaran akan mahal dan tambahan performance mungkin sekitar sepuluh peratus je. Jadi, rembat AMD 2700 ni sebelum terlambat.

2) RAM

Komponen kedua terpenting ialah RAM. RAM ni ialah tempat komputer anda simpan data semasa ianya digunakan.

RAM ni ada banyak jenis. Kalau anda bukan gamers atau tak cadang nak overclock, RAM jenis biasa dah memadai kerana beza performance RAM premium dan biasa ni tak besar.

bina komputer - ram
Sumber: BlossomZones.com

RAM Klevv Bolt X ni merupakan RAM DDR4 dengan kelajuan sehingga 3200MHZ. Saya pernah cadang nak beli sebelum ni, tapi RAM ni selalu kehabisan stok kerana harganya murah berbanding pesaing.

Untuk edit foto dan video saya galakkan anda beli RAM sekurang-kurangnya 16GB dari jenis DDR4.

Kalau anda sunting video 4K, 32GB lebih baik. Saya pernah sunting video 4K guna RAM 16GB tapi tak berapa lancar.

3) Motherboard

Bila bina komputer untuk edit foto dan video, anda boleh jimat dekat Motherboard. Anda tak perlu motherboard yang terlalu mahal.

Tiada beza sangat dekat performance. Cukup sekadar anda beli motherboard dari jenama yang ada reputasi tinggi.

asrock b450Motherboard Asrock B450 Steel Legend ni menyokong CPU AMD Ryzen. Ianya ada banyak ciri dan jenamanya agak terkenal. Saya ada banyak komputer menggunakan motherboard dari Asrock. Ianya tahan lama dan tak bermasalah.

3) Hard Disk

Komponen seterusnya ialah hard disk, tempat anda nak simpan fail dan data anda. Kalau boleh, elok beli hard disk yang berkuasa tinggi kerana anda akan banyak buat pindahan fail yang bersaiz besar.

hard disk adata sx6000
Sumber: The SSD Review

Hard disk ADATA XPG SX6000 512 mempunyai kapasiti storan sebanyak 512GB. Hard disk ni merupakan hard disk generasi baru menggunakan slot M.2 di motherboard anda. Ianya mempunyai kelajuan Read/Write sehingga 2100/1500MB sesaat. Ini sudah tentu akan membantu anda untuk lebih efisyen.

Cukup ke saiz 512GB ni? Kalau anda kerap sunting video dan foto bersaiz besar, memang tak cukup.

Saya cadangkan anda cari satu lagi hard disk biasa. Hard disk ni tujuannya untuk simpan fail je. Anda boleh beli external hard disk macam Toshiba Canvio 1TB.

4) Graphic Card

Aplikasi Adobe Photoshop dan Premiere Pro tidaklah bergantung sangat dengan kad grafik. Jadi tak usahlah belanja terlalu besar.

Saya pernah lihat suatu benchmark dibuat dan kad grafik yang bagus dari segi performance-to-value ratio untuk aplikasi Phototoshop dan Premiere ialah Geforce GTX 1060.

gtx 1060
Sumber: Pokde

Geforce GTX 1060 adalah kad grafik generasi lama yang mana berkuasa tinggi dan harganya berpatutan. Ianya juga popular untuk sunting foto dan video. Kad grafik ini semakin terhad di pasaran kerana dah ada generasi baru dan juga permintaan yang tinggi.

5) Power Supply (PSU)

Untuk power supply, anda mesti pilih power supply yang reliable. Jangan beli power supply cap ayam. Komponen lain boleh rosak kalau power supply tu bermasalah.

Dari segi wattage untuk PC yang saya bina ni, 600watt dah memadai.

Kalau nak PC nampak kemas, pilihlah power supply yang modular. PSU modular ni anda boleh cabut wayar yang anda tak guna.

Dalam binaan PC saya ni, saya pilih power supply yang bukan modular. Bukan apa, sebab nak pastikan jumlah harga PC tu berpatutan.

evga power supply
Sumber: EVGA

Power supply EVGA 600W merupakan PSU bukan modular. Harganya berpatutan dan sesuai untuk binaan PC mid-range. Ianya ada rating 80+ yang bermaksud kuasa yang dihasilkan adalah reliable.

6) Monitor

Beli monitor yang ada teknologi IPS. Monitor IPS menunjukkan warna sebenar.

Kalau beli monitor biasa, warna yang ditunjukkan tu bukan warna sebenar. Ini akan jadi masalah terutama kalau anda nak cetak foto yang anda sunting.

Tengok-tengok warna yang keluar berlainan dari apa yang anda nampak semasa proses suntingan.

Selain itu, saya secara personal sukakan monitor ultrawide. Monitor ultrawide ni lebar dan memudahkan proses suntingan. Ianya juga lebih murah berbanding monitor 4K.

bina komputer LG Ultrawide monitor
Sumber: LG

Monitor LG 29WK600 merupakan monitor bersaiz ultra-wide 29 inci. Ianya datang dengan teknologi IPS dan sangat sesuai untuk anda yang selalu buat beberapa kerja serentak. Monitor ultra-wide seperti ini akan menjadikan proses suntingan foto dan video lebih efisyen.

7) Aksesori

Akhir sekali jangan lupa untuk beli aksesori untuk PC anda. Ini termasuklah:

  • Casing PC
  • Mouse
  • Keyboard
  • Speaker

Saya tak mahu sentuhlah tentang komponen ni kerana ianya tak penting sangat untuk edit video dan foto. Saya anggarkan untuk semua komponen ni anda boleh dapatkan dengan bajet sekitar RM300 ke RM500.

Penutup

Dalam artikel ini anda dah tahu macam mana nak bina komputer untuk edit foto dan video. Anda sebenarnya tak perlu belanja terlalu besar bila pasang sendiri komputer. Mudahan artikel ini bermanfaat dan selamat maju jaya dalam menghasilkan konten.

Baca Juga: Cara Buat Duit Dengan Youtube Dalam Langkah Mudah

Filed Under: Pemasaran Video

Reader Interactions

Comments

  1. MOHD RIDDUAN says

    April 12, 2020 at 4:15 pm

    Terima kasih banyak, info yang sangat berguna.. Alhamdulillah..

    Reply
  2. BUDAK KAMPUNG says

    June 2, 2020 at 12:05 pm

    Nak buat duit dari youtube

    Reply
  3. Abam says

    April 23, 2021 at 11:41 am

    Alhamdulillah.. Jumpa juga blog yang berinfo mngenai komputer untuk edit photo dan video.. Terima kasih diatas info yang penuh pengetahuan ini… Kebetulan tengah nak cari komputer nak buat kerja kerja grafik dan editing video.👍👍👍

    Reply
  4. Mohd suhaili Abu kassim says

    June 8, 2021 at 2:26 pm

    *Terima kasih banyak membantu orang seperti ,sy baru nk mula dlm dunia penyuntingan video dan gambar

    Reply
  5. hamba Allah says

    June 17, 2021 at 9:08 am

    good info

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Langgan Panduan Terkini

Jika anda serius nak mendahului pesaing dalam pemasaran online, langgan artikel terbaru dari kami sekarang!

Artikel Terkini

  • Cara Buat Copywriting Power Untuk Ayat Iklan Dan PromosiCara Buat Copywriting Power Untuk Ayat Iklan Dan Promosi
  • bina komputerCara Nak Bina Komputer Untuk Edit Foto Dan Video
  • cara buat duit dengan youtubeCara Buat Duit Dengan Youtube Dalam Langkah Mudah
  • 7 Strategi Pemasaran Online Luar Biasa Untuk Bisnes Kecil7 Strategi Pemasaran Online Luar Biasa Untuk Bisnes Kecil
  • cara buat duit dengan perniagaan online14 Cara Buat Duit Dengan Bisnes Online Tanpa Modal Besar

Copyright © 2022 · AdRevolusi On Genesis Theme · Log in

Berikan Bisnes Anda Kelebihan

Tak ramai yang berkongsi ilmu pemasaran online dengan mendalam seperti kami lakukan. Jika anda berminat nak majukan bisnes anda dalam dunia digital, langgan artikel terbaru kami sekarang.