Dalam artikel ni, saya nak kongsikan cara buat copywriting power untuk bina ayat iklan dan promosi. Saya tunjukkan langkah mudah untuk buat iklan yang memukau dan seterusnya meningkatkan jualan anda.
Apa itu Copywriting?
Copywriting ni maksudnya gaya penulisan yang memujuk pembaca untuk bertindak.
Bertindak kat sini boleh jadi prospek beli produk yang anda iklan. Atau pun mereka buat sesuatu yang anda minta.
Contoh macam melanggan email percuma dan lain-lain.
Gaya penulisan copywriting kita guna dalam pelbagai jenis promosi dan iklan termasuk:
- Brochure
- Billboard
- Website
- Emel
- Katalog, dan lain-lain
Untuk pemasaran internet, copywriting sangat penting. Ianya strategi pemasaran paling akhir untuk tukar pembaca menjadi pelanggan.
Kalau anda berjaya kuasai ilmu copywriting, percayalah bisnes anda akan berkembang dengan laju.
Tapi bagaimana nak buat copywriting power ni?
Langkah 1: Kenali Pelanggan Anda
1) Pelanggan Beli Dengan Emosi
Dalam copywriting anda kena pastikan mesej kita tu kena dengan mereka yang kita sasarkan.
Kalau target kita mak-mak…mesej pemasaran mesti kena dengan mak-mak.
Kalau target mereka yang nak kurus..mesej pemasaran mesti beri inspirasi kepada prospek yang ada masalah berat badan.
Mesej pemasaran mesti jentik perasaan mereka.
Tak kisahlah betapa baik produk anda…
…kalau anda abaikan emosi pembeli, jualan pasti merudum.
2) Produk Anda Mungkin Ada Beberapa Segmen
Produk yang anda jual mungkin ada beberapa kategori atau segmen.
Copywriting yang anda buat tu mesti target segmen pelanggan. Jangan kita buat copywriting tapi tak kena dengan prospek.
Kita ambil contoh mudah kalau anda jual produk kuruskan badan.
Anda mungkin mempunyai segmen berikut:
- Wanita suri rumah yang masanya agak fleksibel dan boleh ikut jadual pemakanan dan senaman
- Wanita berkerja kurang masa
- Lelaki bekerja. Mereka mungkin bukan nak kurus sangat, tapi mungkin nak tingkatkan tahap kesihatan (kurangkan gula misalnya)
Anda perlu bercakap dengan bahasa yang berlainan untuk tiga golongan ni.
Misalnya, kalau produk anda ada jadual pemakanan dan senaman, ianya mungkin tak efektif untuk golongan kedua dan ketiga yang sibuk.
Untuk golongan ketiga pula, mereka bukan kisah sangat kalau copywriting anda tu sebut produk kuruskan badan. Mereka tak minat sangat pun.
Tapi mereka kisah kalau produk tu dapat kurangkan tahap gula dan tingkatkan kesihatan mereka.
Nampak tak sekarang?
Kalau anda buat satu je copywriting yang general untuk sasarkan mereka, conversion anda mungkin rendah kerana anda tak berjaya mendalami karakter dan masalah mereka.
3) Bina Customer Avatar
Nak buat copywriting yang jentik perasaan pelanggan, mulakan dengan customer avatar.
Customer avatar ni maknanya ciri-ciri pelanggan ideal dengan apa yang kita pasarkan.
Pertama, anda kena tahu latar belakang mereka. Ini termasuklah:
- Pekerjaan dan pangkat
- Lokasi tempat tinggal
- Pendapatan
- Status perkahwinan
- Umur
- Jantina
- Hobi
Selepas latar belakang, kaji apakah cabaran yang mereka hadapi:
- Bagaimana kehidupan seharian mereka
- Apakah kesukaran yang mereka hadapi dalam kehidupan seharian
- Apa yang membuatkan mereka tidak berubah
Dan akhir sekali, elok juga anda tahu bagaimana tabiat online mereka:
- Aplikasi apa mereka gunakan
- Website apa yang mereka suka layari
- Pada waktu bila mereka online
Contoh Customer Avatar
Ahmad ialah seorang Eksekutif IT di sebuah syarikat konsultan di Damansara. Dia berumur 34 tahun dan sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak.
Pendapatan bulanan beliau ialah RM4,300 sebulan. Tugas seorang Eksekutif IT menyebabkan Ahmad bekerja sehingga 14 jam sehari dan waktunya tidak menentu.
Kesihatan Ahmad terjejas dan dia mempunyai berat badan yang berlebihan kerana tak berjaya kawal pemakanan dan jarang bersenam.
Lebih memburukkan keadaan, Ahmad jarang buat aktiviti yang menyihatkan bila pulang ke rumah. Dia baring berjam-jam lamanya sambil melayari page Siakapkeli di Facebook.
Pantang isteri masak, dia makan dengan berselera.
Ahmad buat pemeriksaan doktor dan dia didapati mempunyai tanda-tanda penyakit kencing manis kerana tahap gula tinggi.
Doktor menasihatkan ahmad supaya menurunkan berat badan.
“Manalah sempat!”Itulah alasan yang Ahmad berikan dengan bebanan kerja yang dia hadapi.
Ahmad cuba bersenam pada hari minggu. Harapan dia tinggi.
Dia bukan nak kurus sangat pun. Bukan nak jadi macam model Korea.
Cukuplah sekadar lebih sihat.
Malangnya dia gagal konsisten. Setelah beberapa kali bersenam, berat badannya tak turun pun. Dia penat.
Akhirnya Ahmad kekal dengan tabiat lama.
“Semua orang pun mati satu hari nanti” katanya.
Inilah contoh customer avatar yang anda boleh buat. Bila kita tulis macam ni, kita lebih faham apakah yang dihadapi pelanggan kita.
Kita tahu tabiat mereka dan kesakitan mereka. Mesej pemasaran kita tentunya akan lebih fokus.
Langkah 2: Kaji Produk Anda
1) Saya penjual produk, saya tahula produk saya!
Kita mungkin rasa dah tahu serba serbi tentang produk kita. Yang mungkin kita terlepas pandang ialah macam mana nak padankan produk dengan segmen pengguna yang kita ada.
Produk kita mungkin ada macam-macam kelebihan…
Tapi adakah semua kelebihan tu penting untuk pengguna yang kita sasarkan?
Adakah kita nak highlight semua kelebihan dekat pengguna yang tak rasa benda tu membantu mereka pun?
Ingat, produk kita mungkin ada segmen.
Sebab tu kita mesti mula dengan proses pemikiran atau though process yang betul bila buat copywriting.
2) Senaraikan semua ciri produk
Mula-mula sekali senaraikan semua ciri produk. Katakan kita jual suplemen kuruskan badan. Produk kita mungkin ada ciri berikut:
- Mengandungi ekstrak teh hijau
- Mengandungi ekstrak Garcinia Cambogia
- Lulus KKM
Ni saya tulis tiga hanya untuk ilustrasi. Bila anda senaraikan ciri produk ni, tulis sebanyak mungkin.
3) Tukar ciri produk jadi kelebihan
Bila produk kita ada ciri ekstrak teh hijau misalnya, adakah kita patut tulis..
…“Mengandungi ekstrak teh hijau”?
Takde siapa akan kisah. Dan orang mungkin tak faham ekstrak teh hijau tu boleh kuruskan badan.
Jadi tukar semua ciri tu jadi kelebihan. Inilah yang kita akan guna dalam copywriting nanti.
Cara yang betul kita pamerkan kelebihan produk tu seperti berikut:
- Kurangkan tahap gula dalam badan dengan ekstrak teh hijau
- Tak perlu berlapar kerana ekstrak Garcinia Cambogia mengurangkan selera makan
- Selamat digunakan setelah menjalani ujian ketat oleh KKM
Kelebihan inilah yang akan menarik target audience kita.
4) Kaji posisi produk kita dalam pasaran
Selain itu, anda perlu tahu apa positioning produk anda dalam pasaran. Macam mana tu?
Kita lihat beberapa contoh.
Posisi kereta jenama Mercedes atau BMW menyasarkan mereka yang inginkan prestij, jauh lebih penting berbanding faktor ekonomi atau practicality.
Jenama AMD, sejenis microchip untuk komputer, menyasarkan golongan yang inginkan CPU berkuasa tinggi tetapi pada harga berpatutan.
Posisi produk ni bukan setakat pricing sahaja.
Untuk suplemen kuruskan badan tadi, anda mungkin boleh bersaing dalam posisi yang umum: suplemen kuruskan badan.
Tapi posisi tersebut mungkin dah ada banyak pesaing. Mungkin juga ada produk yang lebih baik. Contoh: suplemen kuruskan badan dan mencerahkan kulit.
Sukarlah copywriting dan produk kita nak menang.
Anda mungkin boleh tukar strategi dan posisikan produk untuk sasarkan mereka yang ingin kurangkan tahap gula dalam badan. Atau mereka yang ingin lebih sihat.
Bila anda tahu apa posisi produk anda, anda akan dapat cipta copywriting yang laser-focused kepada mereka yang anda sasarkan.
5) Padankan kelebihan produk kita dengan segmen pelanggan
Bila anda dah lakukan perkara di atas, padankan kelebihan produk dengan segmen yang anda pilih.
Yang utama, produk tu mesti selesaikan masalah segmen tersebut.
Tapi jangan syok sendiri. Kita rasa produk tu selesaikan masalah. Tapi pengguna tak rasa macam tu.
Untuk atasi masalah ni, buatlah survey atau temubual dengan pelanggan lama, bakal pelanggan dan jurujual produk.
Anda akan dapat banyak informasi berguna termasuk produk yang bersaing dengan anda.
Dan dari sinilah kita tahu kelebihan mana yang patut jadi prioriti.
Bila kita tulis copywriting, kita boleh jadi tergoda nak letak seribu satu kebaikan tentang produk. Itu tak perlu.
Kita nak jentik emosi pembeli. Kita tonjolkan kelebihan yang kena dengan emosi mereka.
Langkah 3: Sebelum Anda Mula Menulis…
1) Tiada siapa kisah tentang anda
Ini brutal-truth yang anda kena faham sebelum tulis copywriting.
Tiada siapa yang kisah tentang anda. Saya ulang. Tiada siapa kisah tentang anda.
Pelanggan hanya kisah tentang diri mereka dan bagaimana anda boleh selesaikan masalah mereka.
Yang selalu jadi, kita suka sangat bercerita tentang kita.
Contoh Coppywriting Kurang Berkesan
Kami adalah pengeluar produk suplemen kuruskan badan berkualiti tinggi dan telah berada dalam pasaran sejak tahun 1960 dan mempunyai jumlah pekerja serama 30 orang. Visi kami ialah untuk semua rakyat Malaysia mencapai tahap kesihatan yang baik. Beli produk kami sekarang!
Copywriting macam ni akan gagal. Anda mesti fokuskan penulisan tu kepada pelanggan.
Anda boleh cerita tentang anda kalau itu membantu meyakinkan prospek. Tapi bukan di awal copywriting.
2) Kata kunci dan SEO
Kalau anda tulis copywriting dan letak dalam website, optimumkan copywriting dengan letak kata kunci (keywrod) yang bertrafik tinggi.
Bila anda letak kata kunci yang betul dan SEO anda baik, anda ada peluang nak dapat trafik dari enjin carian.
Trafik dari enjin carian ni memang lazat. Anda dapat trafik berterusan ke copywriting yang anda buat. Ini akan memastikan jualan yang konsisten.
Misalnya kalau anda jual produk tudung bawal, kita boleh tengok dari keyword research tool ni ada 8100 carian dibuat sebulan untuk kata kunci ‘tudung bawal’. Banyak tu.
Katakan dari kita berjaya jual satu peratus je dari trafik 8100 tu, kita dah buat 81 sales sebulan. Konsisten.
Oleh itu saya syorkan anda, kaji kata kunci dan masukkan kata kunci dalam copywriting.
Dekat mana nak masukkan?
Dekat tajuk, heading dan juga penulisan. Tapi jangan main sumbat je. Masukkan dekat tempat yang patut anda sebut kata kunci tu.
Macam mana nak buat kajian kata kunci ni?
Anda boleh guna Google Keyword Planner dalam Google Ads. Anda hanya perlukan akaun Google untuk ni.
Tapi saya secara personal tak suka Google Keyword Planner. Google selalu sorok kata kunci yang berharga.
Dan Google juga tak tunjuk trafik sebenar untuk satu kata kunci. Sebaliknya mereka tunjuk anggaran yang tak tepat.
Kalau anda serius dengan optimumkan copywriting untuk SEO dan dapat trafik konsisten melalui kata kunci yang betul…
…gunakan keyword research tool KWfinder.
Saya dah guna lama tool ni dan tak macam keyword tool yang lain, ianya sesuai untuk pasaran Malaysia.
Keyword tool lain banyak tak sesuai kerana mereka tak banyak data kata kunci dari negara kita.
Walaupun harga agak tinggi, anda boleh langgan tool ni untuk sebulan dan tamatkan kontrak.
3) Produk anda mesti menyelesaikan masalah
Akhir sekali, produk yang anda iklankan mesti menyelesaikan masalah.
Saya dah sebut, pelanggan beli dengan emosi. Dengan apa yang saya cerita ni anda boleh hasilkan copywriting yang cukup hebat sehingga prospek buat belian.
Tapi ingat…
Sekalipun pelanggan beli guna emosi, mereka akan nilai balik produk anda dengan fakta.
Kalau produk tak selesaikan masalah mereka, ini akan beri kesan buruk kepada bisnes anda untuk jangka panjang.
Langkah 4: Rancang Copywriting Anda
Formula ni dah bantu jana jutaan ringgit kepada banyak syarikat.
Namanya AIDA. Macam sipi-sipi Aida Jebat. Tapi AIDA je.
Formula coywriting AIDA ni memang power. Ianya berkesan untuk apa jua jenis iklan.
AIDA bermaksud Attention – Interest – Desire – Action. Ianya merupakan cara kita strukturkan copywriting.
Attention: tarik perhatian bakal pelanggan.
Interest: buat bakal pelanggan berminat untuk baca dengan menyajikan fakta.
Desire: goda bakal pelanggan supaya berminat untuk membeli.
Action: dorong bakal pelanggan untuk bertindak.
Mudahkan?
Jom kita lihat contoh page jualan dari Gilahartanah, sebuah blog hartanah terkemuka.
Copywriting ni mereka guna untuk promosikan seminar, GH Masterclass.
Saya rasa ini contoh copywriting yang power. Saya salute tim GH.
Attention
Permulaan copywriting ni dengan video dan headline yang membangkitkan rasa ingin tahu.
Headline yang digunakan dari jenis indirect headline. Ianya sesuai untuk prospek yang memerlukan kesedaran sebelum mereka boleh berminat dengan tawaran.
Interest
Sebelum bahagian yang saya paste ni, GH ada ceritakan tentang bagaimana Cik Siti mampu beli rumah walaupun bergaji kecil.
Cerita ini akan mengekalkan minat prospek untuk terus membaca. Prospek yang lalui masalah sukarnya beli rumah akan terjentik emosi mereka untuk terus membaca.
Saya yakin GH buat customer avatar dan sasaran mereka ialah golongan muda yang nak beli rumah.
Akhir sekali kita lihat, bagaimana transisi copywriting ni kepada peringkat Desire dengan ayat “Tok nak lahirkan lebih ramai orang seperti Cik Siti”.
Desire
Peringkat desire ni adalah fasa memujuk. GH mulakan peringkat ni dengan headline yang spesifik “Sebelum 2019 Anda Confirm Pegang Kunci Rumah”.
Kalau saya ni prospek, saya akan rasa WOW kerana ada jangkamasa bila masalah dapat diselesaikan.
Dalam fasa ni juga GH promosikan GH Masterclass yang turut disertai pakar kewangan dan hartanah. Inilah fasa yang kita akan letak kelebihan produk.
Action
Dan akhir sekali fasa Action. Fasa ini kita nak prospek bertindak. Anda akan letak butang Call-To-Action (CTA) kat sini.
Dengan latar belakang hitam GH berjaya buatkan CTA tu jelas.
GH juga cuba kurangkan resistance pembeli dengan menawarkan pulangan wang kalau tak berpuas hati dengan produk.
Langkah 5: Teknik Tulis Headline Untuk Hasilkan Copywriting Yang Power
Sekarang kita dah tahu macam mana nak strukturkan copywriting, kita sambung bahagian headline.
Headline ni sangat penting. Ianya penentu sama ada prospek nak terus membaca.
Headline mesti relevant. Jangan sesekali kita trick prospek dengan headline hanya untuk dapatkan klik. Tengok-tengok copywriting tu tak seperti yang digambarkan.
Gunakan bahasa yang mudah bila tulis headline. Kita nak prospek faham. Bukan nak tunjuk kita power dengan bahasa bombastic.
Ni beberapa tips anda boleh gunakan.
1) Tulis headline spesifik
Macam dalam copywriting Gilahartanah:
“Sebelum 2019 berakhir, anda confirm pegang kunci rumah”.
Headline ni spesifik. Prospek dapat gambaran, bilakah masalah dapat diselesaikan.
2) Letak nombor
Nombor ni spesifik dan akan bangkitkan perasaan ingin tahu. Sebagai contoh:
“Teknik online marketing ni berjaya hasilkan RM10,842 sebulan untuk bisnes kecil”.
Atau…
“3 cara berkesan untuk turun 3KG dalam seminggu”.
3) Bangkitkan perasaan ingin tahu
Anda juga boleh buat headline yang langsung tak spesifik tapi bangkitkan perasaan ingin tahu.
“Lelaki ini mengidap kanser maut, apa yang dia buat selepas tu sangat mengejutkan…”
Amaran: jangan overuse teknik ni. Teknik ni selalu orang guna untuk clickbait. Pastikan copywriting anda baik.
4) Guna soalan
Soalan juga boleh menarik perhatian:
“Tahukah anda cara nak buat duit cepat dengan bisnes online?”
Ni saya takde idea ni. Main tulis je. Tapi harapnya anda get the point. Haha.
5) Cara nak…
Headline macam ni simple.
“Cara nak kuruskan badan dalam 21 hari”
“Cara nak pasang komputer dengan mudah”
Walaupun simple, ianya relevant dan terus mengena dengan prospek.
Pengalaman saya, click-through-rate (CTR) tinggi untuk headline macam ni kalau customer avatar anda betul.
6) Guna formula HHM
HHM ni bermaksuk Hasil – Halangan – Masa. Sebagai contoh:
Hasil: Kuruskan badan.
Halangan: Tanpa perlu bersenam.
Masa: Dalam 21 hari.
Headline anda akan berbunyi “Kuruskan badan tanpa perlu bersenam dalam 21 hari”.
Kita buat satu lagi contoh:
Hasil: Buat duit RM10000 dengan Youtube
Halangan: Tanpa perlu rekod video
Masa: Dalam 2 Minggu
Headline: Buat duit RM10000 dengan Youtube tanpa perlu rekod video dalam 2 minggu.
Anda juga boleh terbalikkan HHM tu ikut kesesuaian. Contoh HMH:
“Kuruskan badan dalam 21 hari tanpa perlu bersenam”.
Kalau anda perlukan headline pendek contohnya untuk subjek email..boleh guna HM je:
“Kuruskan badan dalam 21 hari”
Amaran: teknik ni mudah tapi ramai yang guna. Saya secara personal rasa ramai orang dah lali. Apa pun, anda kena buat split testing untuk niche dan produk anda. Mana tahu memang berkesan.
7) Beri inspirasi atau ketakutan
Headline yang power ialah bila kita beri inspirasi. Contoh kalau jual insuran:
“Lindungi masa depan anak anda walaupun anda liat menyimpan”
Atau..
“Lintang pukang dari ejen insuran ketika sihat. Bagaimana bila sakit?”.
8) Guna dialog
Dialog pun anda boleh guna untuk bangkitkan perasaan ingin tahu:
“Menyesal aku beli kereta tu. Kalau aku tunggu sikit, dapat yang lagi baik”.
“Menyesal aku tak beli hartanah 5 tahun dulu. Sekarang tak mampu”.
9) Straight to the point
Kadang-kadang kita buat headline macam power…
…tapi akhirnya krik-krik. Orang buat tak endah. Tiada jualan.
Sebenarnya, tiada satu pun cara buat headline yang muktamad. Anda wajib buat testing dengan beberapa versi headline.
Dan pilih headline yang berkesan.
Boleh jadi juga dalam zaman sekarang, prospek dah kebal dengan headline tertentu. Mereka anggap benda tu overhype, clickbait atau tahu anda nak jual produk.
Contoh: Rahsia Buat Duit RM30,000 Sebulan Goyang Kaki Dari Rumah.
Saya tak tahu anda macam mana, tapi kalau saya, headline macam ni saya anggap sampah. Mesti mengarut isinya.
Saya tak baca. Saya dah kebal.
Sebab tu la dalam versi headline yang anda test, mesti ada satu versi yang straight to the point dan tak overhype.
Contoh: Tudung Bawal Trending Masa Kini
Gilahartanah beri contoh yang baik dengan menggunakan indirect headline tapi masih mampu membangkitkan perasaan ingin tahu kepada prospek.
Itulah copywriting. Tugas headline ialah untuk pastikan prospek baca ayat kedua. Ayat kedua tugasnya untuk prospek baca ayat ketiga. Dan begitu seterusnya.
Tak guna buat headline melampau tapi tak capai objektif.
Langkah 6: Cara Nak Tulis Kandungan Copywriting Yang Power
1) Copywriting mana lagi power: panjang atau pendek
Adakah patut buat copywriting panjang atau pendek?
Jawapannya: buat copywriting sepanjang mana yang patut untuk yakinkan prospek pelanggan.
Biasanya, jika anda jual produk yang mahal, anda mungkin perlu buat copywriting yang lebih komprehensif.
Kalau produk anda berharga rendah, copywriting pendek memadai.
Ini panduan je. Bukan bermakna kalau produk mahal anda MESTI buat copywriting panjang atau sebaliknya kalau produk harga rendah.
Panjang tak bermakna lebih baik. Pendek bukan bermakna tak power. Yang paling penting, prospek yakin ke tidak.
2) Tulis cerita yang meyakinkan
Untuk copywriting panjang, anda boleh masukkan cerita untuk meyakinkan prospek. Pastikan cerita tu benar dan menarik perhatian.
Contoh Cerita
“Anda mengidap diabetes”. Ahmad hilang suara nak bercakap.
Sebelum ni, Ahmad memang sibuk orangnya. Kerja pejabat hingga malam, tiada masa bersenam. Makan tak terkawal.
Ahmad tak kisah dia sihat atau tak. Dia kata “Semua orang akan mati”. Hinggalah dia di depan doktor. Kaku.
Mati bukan untuk ‘semua orang’ lagi…
…tapi boleh jadi untuk dirinya tak lama lagi.
Ahmad cuba macam-macam cara untuk ubah gaya hidup. Tak berjaya.
Setiap malam dia tatap wajah dua anak kecilnya sambil berdoa. “Mudahan aku dipanjangkan umur untuk besarkan mereka. Mudahan kalau aku terus hidup tak menyusahkan mereka”.
Dengan azam tu lah dia terpanggil untuk dapatkan bantuan.
Apa yang jadi kepada Ahmad? Teruskan membaca…
3) Jangan cerita saja, tunjuk
Dalam copywriting, benda yang anda boleh tunjuk, tunjukkan dalam bentuk gambar atau video. Ini sangat powerful bila anda gandingkan dengan penulisan.
Untuk produk suplemen kurus misalnya, tunjukkan gambar sebelum dan selepas Ahmad gunakan produk. Tunjukkan juga bagaimana dia dah gembira bersama keluarga.
Kalau anda jual produk yang agak teknikal, buat video dan tunjukkan cara-cara nak guna produk dan bagaimana tu boleh selesaikan masalah.
4) Tuliskan kelebihan
Dalam langkah kedua sebelum ni, saya dah beritahu anda untuk tukar ciri produk jadi kelebihan.
Ini sangat penting untuk orang faham produk anda.
Saya bagi contoh macam syarikat Apple.
Suatu masa dulu, Apple ada keluarkan peranti iPod, sebuah media player mudah alih. Ciri utama iPod ni ialah mempunyai kapasiti storan sebanyak 1GB.
Pada zaman tu kapasiti 1GB agak besar, tetapi rendah berbanding dengan apa yang ditawarkan oleh pesaing.
Tapi macam mana Apple buat copywriting? Dia tak tulis dalam iklan – Kapasiti Storan 1GB…
Sebaliknya, dia beritahu ‘1,000 Songs In Your Pocket’.
Besar beza tu. Pelanggan mungkin tak kagum atau tak faham pun tentang 1GB.
Tapi pelanggan mungkin tertarik bila mereka tahu mereka boleh simpan seribu lagu dalam peranti iPod.
5) Elak tulis ayat skema
Ingat, anda tulis copywriting. Bukan thesis, surat rasmi, surat khabar dan sewaktu dengannya.
Gaya penulisan anda mesti bina kepercayaan dan kena dengan mereka anda sasarkan.
Tanya diri kita, siapa orang yang kita percaya selain keluarga?
Jawapannya mungkin…sahabat.
Jadi, buat penulisan macam anda bercakap dengan seorang sahabat baik. Bayangkan diri anda tengah rekemenkan produk yang boleh bantu mereka.
Adakah anda akan bercakap macam bahasa thesis atau surat khabar? Takkanlah. Bahasa tu dah tentu lebih santai.
Nota: apa yang beritahu ni sesuai untuk kebanyakan produk konsumer (B2C). Jika anda seorang profesional macam peguam atau bisnes anda beri khidmat kepada bisnes lain (B2B), ayat copywriting yang sedikit formal lebih sesuai.
6) Tulis ayat yang mudah dan padat
Jangan tambah tokok tulisan. Elak tulis ayat semata-mata nak panjang atau nak nampak WOW. Elak juga guna perkataan yang susah.
Kita tak nak pelanggan kita baca dan ambil masa lama untuk mereka faham apa sebenarnya yang kita nak sampaikan.
Selepas dah tulis satu ayat, baca balik. Dan tanya diri anda:
Macam mana aku boleh buat ayat yang lagi pendek tapi sampaikan maksud yang sama?
Untuk satu poin yang anda nak cerita, kalau anda guna lebih tiga ayat untuk bagi orang faham, tulis semula.
Langkah 7: Masukkan Bukti
Bayangkan anda tengah browse Lazada atau Shopee dan anda nak beli produk. Apa yang anda akan buat kalau anda tak tahu produk tu baik atau tak?
Kalau saya, saya cari ulasan produk. Sama ada review dekat Lazada sendiri atau dekat carian Google.
Pelanggan pun sama juga. Mereka pasti ragu-ragu.
Oleh sebab tu lah anda kena buktikan produk anda boleh jadi penyelesaian.
Caranya? Letak bukti.
Bukti ni boleh jadi testimoni dari pelanggan lepas. Letak snapshot whatsapp dari pengguna.
Anda boleh juga letak jenama besar yang gunakan produk anda.
Ataupun boleh jadi juga post Facebook atau Twitter orang yang berpengaruh yang rekemenkan produk anda.
Contoh:
“Selepas menggunakan tips dalam ebook ini, Fizo Omar berjaya tingkatkan jualan sebanyak 347%”. Letak gambar Twitter post dari Fizo.
Langkah 8: Buat Call-to-action
Tujuan copywriting adalah untuk pujuk pelanggan bertindak.
Bahagian CTA ni bahagian akhir dalam copywriting anda. Pada peringkat ni anda sepatutnya dah yakinkan prospek kenapa produk anda adalah solusi.
1) Kurangkan Resistance
Sebelum anda pujuk mereka untuk bertindak, elok juga anda kurangkan halangan (resistance) jika mereka beli produk anda.
Kenalpasti apakah yang dapat beri halangan kepada prospek.
Jika produk tu mahal, janjikan kepada mereka wang dikembalikan kalau mereka tak puas hati.
Atau kalau produk tu teknikal, sertakan bonus percuma macam ebook cara nak guna produk kalau mereka beli.
2) Minta Prospek Bertindak
Tiba masa nak close jualan, ni perkara yang anda perlu buat:
- Beritahu mereka untuk bertindak
- Beritahu mereka apa akan jadi selepas mereka bertindak
- Dan minta mereka bertindak dengan cara sekian-sekian
Contoh:
Kalau anda nak kuruskan badan dengan cepat, dapatkan suplemen ini sekarang. Selepas anda buat bayaran kami akan poskan dalam masa sehari bekerja. Klik butang di bawah untuk beli sekarang [Butang CTA].
3) Buat butang CTA yang jelas
Butang CTA anda tu mesti jelas. Saiznya mesti besar, guna font yang mudah nampak, dan warna yang terang.
Bila anda buat butang CTA, cuba berdiri 3 meter dari skrin monitor atau phone anda. Kalau jelas, guna. Kalau tak penambahbaikan.
Text yang anda gunakan dalam butang CTA tu juga mestilah kata kerja yang menggambarkan tindakan.
Contoh butang:
Butang macam ni lebih baik dari butang di bawah:
Langkah 9: Siarkan Iklan Dan Buat Testing
Sekarang copywriting anda dah siap. Sampai masa untuk siarkan iklan.
Bila anda nak buat copywriting yang power, macam saya kata sebelum ni anda kena test iklan tu.
Anda boleh buat beberapa versi copywriting dan jalankan iklan serentak. Anda pilih copywriting yang terbaik. Ini adalah konsep split testing.
Atau anda juga boleh jalankan A/B testing. Dalam A/B testing anda ubah beberapa elemen dalam copywriting yang sama.
Contoh untuk satu copywriting tu anda ubah tajuknya dan lihat versi tajuk mana yang lebih berhasil.
Kalau anda siarkan iklan tu melalui website, saya sangat syorkan anda guna plugin Thrive Architect dan Thrive Optimize.
Bila anda guna dua plugin ni, anda dapat buat A/B testing dengan efisyen. Anda boleh buat perubahan kecil dengan mudah.
Plugin ni kemudian akan siarkan versi copywriting anda tu sama rata (atau ikut nisbah yang anda tentukan) kepada prospek.
Contohnya. Katakan copywriting anda tu terima 5000 penunjung. Plugin Thrive Optimize akan siarkan versi copywriting A kepada 2500 pengunjung dan versi copywriting B kepada 2500 pengunjung lagi.
Thrive Optimize akan nilai copywriting mana yang lebih buat prospek bertindak dan akan pilih versi copywriting tu untuk dijadikan iklan utama.
Penutup
Sekian sahaja artikel Cara Nak Buat Copywriting Power ni. Semoga bermanfaat dan membantu anda untuk mengembangkan perniagaan.
MOHD RIDDUAN B. MOHAMED says
Alhamdulillah.. Info/artikel yang sangat berguna dan banyak bagi manfaat kepada orang ramai.. Saya akan jadikan saudara sebagai aspirasi saya…saya berharap banyak lagi artikel/perkongsian yang menarik yang akan saudara kongsikan tidak kira dalam apa-apa isu sekalipun.. “share benda kebaikan adalah saham dunia dan akhirat” semoga saudara dirahmati.. Amin..
Omar says
Salam. Adakah team AdRevolusi ada menawarkan servis untuk bina copywriting untuk pelanggan? Kalau ada saya berminat mahu dapatkan servis tersebut untuk bisnes saya. Mohon pencerahan.
RIZAN BIN JANTAN says
saya penjual roti pelangi dan ais cream bata
Norlijah Ali says
Faham sikit2 tapi mcmane nak kenalkan produk amway.bole buat ker.
Norlijah Ali says
Faham sikit2.boleh kah saya nak kenalkan produk amway. Dan bagaimana caranya.saya lebih nak menarik prospek jadi ahli baru
Arwin says
Terima kasih Untuk info copywriting. Adakah tuan buat service tunjuk ajar copywriting untuk team? Jika ada tlg contact saya. Terima kasih.
Arwin Ganaselvam says
Terima kasih tuan.. Adakah tuan provide copywriting services?
Muhammad says
Hello,saya nak tanya macam mane pula saya nak buat iklan ataupon ayat copy writing untuk saya punya servis potong rumput
Warie says
Saya memerlukan tunjuk ajar dengan lebih lanjut lagi..
Cikma says
Terbaik ni tuan, sangat membantu saya untuk memahami gaya CW yang lebih tepat utk fb ads sy. Gaya penulisan tuan sangat mudah dibaca Dan difahami buktinya saya habiskan bacaan hingga ke titik terakhir. Terima kasih atas ilmunya, semoga menjadi sedekah jariah utk tuan.