• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Adrevolusi

Blog Pemasaran Digital

Cara Buat Duit Dengan Youtube Dalam Langkah Mudah

Cara Buat Duit Dengan Youtube Dalam Langkah Mudah

August 5, 2019 by Adrevolusi 11 Comments

YouTube telah menjadi platform video yang sangat berjaya sejak sedekad lepas. Ramai yang pilih YouTube menggantikan rancangan televisyen biasa. Malahan, tak kurang juga mereka yang berjaya jana pendapatan konsisten melalui Youtube. Tapi bagaimana caranya? Dalam artikel ni saya nak kongsikan cara buat duit dengan Youtube.

Cara Nak Buat Duit Dengan Youtube

Sebelum anda boleh jana duit dari Youtube, ada beberapa langkah yang anda perlu buat.

1) Tentukan niche

Pertama sekali anda kena tentukan apa topik atau niche yang anda nak buat. Dan kemudian perlu kenal siapakah target audience anda.

Saya syorkan bila anda nak pilih niche ni, pilihlah topik yang anda passionate dan mahir.

Passion ni sangat kritikal kerana penonton akan dapat tahu sama ada anda ni betul-betul minat dan mahir dengan topik yang dibincang atau acah-acah minat.

Ianya juga menjadi motivasi kepada anda untuk terus hasilkan video dengan konsisten.

Antara niche yang anda boleh buat termasuklah:

  • Ulasan produk macam gajet dan barangan komputer
  • Mengajar kemahiran tertentu seperti cara nak buat bisnes
  • Resipi masakan
  • Politik
  • Vlog kehidupan anda dalam bidang tertentu
  • Vlog tentang destinasi perlancongan

2) Buat saluran Youtube

Selepas anda dah tentukan niche apa yang anda nak buat, seterusnya buat akaun dengan Youtube.

Kalau anda dah ada akaun Google macam Gmail, anda boleh terus login ke Youtube guna akaun tersebut.

Kemudian tekan pada bahagian setting anda dan pilih “Make a channel” dan tentukan nama saluran dan deskripsi saluran anda.

3) Hasilkan dan muat naik video

Bila dah ada saluran, anda dah boleh mula hasilkan konten video dan muat naik ke saluran anda.

Anda kena konsisten. Consistency sangat penting untuk pastikan saluran anda berjaya. Buat jadual pada hari apakah yang anda perlu muat naik video.

Selain itu, pastikan juga konten yang anda hasilkan tu berkualiti dan orang rasa nak share bila mereka tonton. Dan jangan sesekali guna video copyright orang lain. Maksudnya jangan sekali copy paste.

Dalam video-video yang anda hasilkan tu juga, beritahu penonton untuk subscribe dengan saluran anda supaya anda dapat bina subscriber dengan cepat.

4) Daftar sebagai Youtube Partner

Masa anda mula buat saluran Youtube, anda belum lagi boleh jana pendapatan melalui iklan yang Youtube paparkan.

Anda mesti cukupkan syarat untuk jadi Youtube Partner, barulah anda layak untuk paparkan iklan Adsense dalam video anda.

Apa syarat nak sertai Youtube Partner Program ni?

Pertama anda mesti ada sekurang-kurangnya 1000 subscribers. Dan syarat kedua ialah konten yang anda hasilkan mesti ditonton selama 4000 jam dalam setahun terkini.

Sebab tu lah saya kata, anda mesti buat konten yang berkualiti dan bina subscriber secepat mungkin. Kalau video dan subscriber suam-suam kuku, lambat lah anda boleh jana pendapatan dari Youtube.

5) Berapa duit yang anda boleh dapat?

Pendapatan utama dari Youtube ni adalah melalui iklan yang dipaparkan masa pengunjung tonton video anda.

Berapa yang anda boleh dapat?

Sebenarnya tiada jawapan mudah untuk soalan ni. Ianya bergantung kepada banyak faktor terutama lokasi dan juga niche video anda.

Secara kasar anda boleh anggarkan untuk dapat sekitar RM3 ke RM5 untuk setiap 1000 tontotan video.

Maksudnya kalau anda nak buat RM10,000 sebulan, anda mungkin kena dapat tontotan sekitar 10 juta view, macam dekat saluran Cardock, sebuah saluran dalam niche automotif.

Pergh, bunyi macam susahkan?

Bila kita mulakan suatu usaha ni janganlah anggap benda yang kita nak buat tu terus dapat hasil. Kalau benda tu mudah, semua orang akan buat.

Buat saluran Youtube pun sama. Awalnya kita takkan nampak hasil. Ramai yang akan putus asa pada peringkat ni.

Yang berjaya selalunya dia percaya, satu hari nanti akan ada hasil. Ini kita panggil sebagai delayed gratification.

Dia buat satu dua video, dia teruskan. Meskipun tak banyak view yang dia dapat.

Sehinggalah satu hari, saluran dia dah ada jumlah subscriber yang besar. Dan setiap video yang dia buat sebelum tu, dapat tarik trafik dari enjin carian Google dan Youtube sendiri.

Ketika ini, jumlah tontotan yang dia dapat tu dihasilkan secara pasif. Dan pendapatan yang dia dapat pun dah pasif.

Bila anda curahkan usaha untuk buat video di Youtube ni, begitulah formulanya. Keep consistent.

Cara Nak Buat Duit Lebih Dengan Youtube

Kalau anda masih rasa kecewa dengan pendapatan Youtube ni, anda boleh buat beberapa strategi untuk jana pendapatan ekstra seperti di bawah.

1) Buat konten yang panjang

Bila anda buat konten video yang panjang, anda ada lebih banyak slot untuk letak lebih banyak iklan. Konten yang panjang biasanya dengan durasi lebih sepuluh minit.

Dengan durasi ni, Youtube boleh paparkan dua slot iklan. Ini meningkatkan peluang untuk penonton klik iklan yang dipaparkan.

Bila buat video panjang, janganlah buat semata-mata nak panjang je. Video tu mesti dapat kekalkan penonton tengok video tu selama mungkin.

Kalau video tiga puluh minit tapi penonton tengok tiga puluh saat je dah boring, tiada guna juga.

Dalam kata lain, video tu mesti berkualiti dan dapat tarik engagement.

2) Promosikan produk atau affiliate

Selain dari iklan, anda juga boleh promosikan produk atau affiliate. Produk boleh jadi produk jenis fizikal ataupun digital.

Ianya juga boleh jadi produk anda sendiri atau pun produk orang lain. Ya, produk orang lain pun boleh. Macam dekat saluran Kokom buat.

Kalau anda buntu nak promosikan produk, promosikan je link affiliate dalam video ataupun pada bahagian description video anda.

Bila penonton klik link tu dan beli produk yang diiklan, anda akan terima komisyen.

3) Bawa mereka ke website dan upsell

Satu lagi strategi ialah dengan mempromosikan website anda dalam video dan pada bahagian description. Bila pelanggan berkunjung ke website, anda dapatkan emel mereka pasang tracking cookies.

Daripada sinilah anda boleh berikan konten yang bermanfaat kepada mereka dan upsell produk anda kemudian.

4) Lupakan iklan adsense, fokus untuk bina jenama

Ada sesetengah niche penontonnya tak ramai. Terutama jika niche anda sangat spesifik.

Misalnya, katakan anda merupakan seorang konsultan di bidang percukaian. Nak tarik trafik agak sukar kerana ianya bersifat teknikal dan topiknya pula bukan umum.

Dalam situasi macam ni, lupakan je pendapatan dari Adsense tu. Tak berbaloi. Sebaliknya gunakan Youtube tu untuk bina jenama dan jana pendapatan dengan cara lain.

5) Buat video dalam bahasa inggeris

Kalau penguasaan bahasa inggeris anda baik, buat video dalam bahasa mat saleh.

Video bahasa inggeris mempunyai audience yang lebih luas. Penonton anda boleh jadi dari seluruh pelosok dunia.

Ini meningkatkan lagi peluang anda untuk jana pendapatan yang lebih.

6) Buat website dan link kan video anda

Anda juga ada kelebihan jika ada website sendiri. Anda boleh tulis artikel dan optimumkan artikel tu dengan enjin carian.

Kemudian anda embedkan video dari Youtube dalam artikel yang anda buat. Strategi ni serampang dua mata.

Baca Juga: Cara Buat Blog: Bina Website Sendiri Dalam 5 Langkah

Satu, konten anda akan dapat ranking yang lebih baik di enjin carian. Kedua, ianya dapat tarik trafik ke video anda di Youtube.

7) Optimumkan SEO video anda

Search engine optimization atau SEO ni bukan sahaja dekat carian Google. Youtube pun ada algorithm tersendiri yang mana mereka guna untuk beri ranking kepada video anda dalam hasil carian Youtube search.

Anda kena pastikan video yang anda hasilkan tu mengikut spesifikasi yang Youtube mahukan. Topik ni saya akan bincang lebih lanjut pada masa akan datang.

Kelengkapan Yang Anda Perlukan Untuk Buat Saluran Youtube

Untuk hasilkan video Youtube ni anda perlukan beberapa peralatan. Peralatan ni berbeza mengikut jenis video yang anda buat. Untuk kebanyakan niche, anda boleh gunakan senarai kelengkapan di bawah.

1) Kamera video

Sebagai permulaan, anda boleh gunakan smartphone untuk merekod video. Smartphone zaman sekarang macam Samsung S10+ memang canggih dan kualiti video yang dihasilkan adalah baik.

s10 plus

Samsung S10+ ni antara smartphone terbaik untuk buat video dan boleh merekod resolusi sehingga 4K. Ada yang kata Huawei lebih baik. Tapi saya rasa Samsung pilihan lebih selamat kerana situasi yang tak menentu antara China dan US.

Jika anda mempunyai bajet lebih dan nak buat video yang bertaraf profesional, anda boleh dapatkan kamera DSLR. Ada dua DSLR yang saya syorkan dengan harga yang masih masuk akal.

Pertama ialah Canon EOS 77D. Kamera ini popular di kalangan videografer amatur. Ianya menghasilkan video yang cantik pada resolusi 1080 HD. Saya secara personal lebih sukakan kamera saiz penuh berbanding mirrorless kerana lebih mudah nak dikawal.

Link Lazada tu adalah harga untuk badan kamera sahaja. Anda juga kena beli lens yang sesuai dengan kamera tersebut.

Bila kita buat video, biasanya kita gunakan prime lens yang akan hasilkan video yang tajam dan berkualiti. Prime lens yang sesuai untuk Canon 77D ialah Canon EF 40mm f/2.8 STM Pancake Lens.

canon stm 40mm

Canon EF 40mm f/2.8 STM lens datang dengan focal length 40mm. Ianya mempunyai aperture F2.8, yang bermaksud lens ini agak laju untuk mengumpul cahaya dan boleh hasilkan video dengan latar belakang kabur (bokeh). Harga lens ini berpatutan dengan fungsinya.

Kamera kedua yang saya boleh rekemen ialah Sony A6400, sebuah kamera mirrorless dan bersaiz kecil.

sony a6400 mirrorless

Sebuah kamera yang agak baru dari Sony dan boleh merekod resolusi sehingga 4K. Saya lebih syorkan kamera ni berbanding Sony A6300 dan Sony A65000 yang lebih murah. Ini kerana model Sony A6400 ni ada flip screen yang anda boleh ambil video selfie. Ini sangat berguna kalau anda nak buat video vlogging.

Untuk kamera Sony mirrorless, anda boleh dapatkan lens Sony E 35mm F/1.8 OSS.

sony 35mm lens

Dengan bukaan aperture F1.8, lens ini sahaja laju mengumpul cahaya. Ianya juga dilengkapi dengan Optical Stabilizer yang menstabilkan gegaran dalam video. Saya ada lens ni dan saya boleh katakan video yang dihasilkan memang cantik.

Kedua-kedua kamera ini ada fungsi continuous autofocus yang mana kamera tersebut boleh tukar fokus subjek secara automatik ketika merekod video. Ciri ini berguna untuk newbie.

Kamera Canon 77D boleh rekod resolusi 1080 HD manakala Sony A6400 boleh sampai 4K.

Dalam area ni, Sony lebih baik. Tapi keburukan jenama Sony pula ialah pilihan lens yang terhad dan biasanya lebih mahal berbanding Canon.

Lagi satu. Kalau anda beli Sony A6400 sebab nak rekod video dengan format 4K, pastikan anda ada komputer yang berkuasa tinggi untuk buat editing. Kalau komputer cap ayam je lupakan 4K. Memang akan lag.

Baca Juga: Cara Nak Bina Komputer Untuk Edit Foto Dan Video

2) Microphone

Audio yang berkualiti sebenarnya lebih penting berbanding video. Anda mungkin boleh buat video yang kualitinya sederhana, tapi kalau kualiti audio tak baik, itu akan menjejaskan tontotan.

Oleh sebab itulah anda perlukan microphone atau pembesar suara. Bergantung kepada niche, anda mungkin perlukan jenis microphone yang berbeza:

  • Desktop mic
  • Shotgun mic
  • Lavalier

Desktop microphone biasanya kita guna bila anda buat video dan berapa dekat meja. Ni boleh jadi kalau anda buat streaming ataupun screencasting. Microphone yang biasa digunakan ialah Blue Yeti Snowball.

Shotgun microphone sesuai kalau anda buat video yang mana subjek anda tu bergerak. Rode Video Mic Go adalah antara pilihan yang popular.

Lavalier pula jenis microphone yang anda gantung dekat baju. Microphone ni sesuai kalau anda buat video statik dan bercakap depan kamera. BOYA BY-M1 adalah pilihan yang baik untuk permulaan jika anda guna smartphone atau DSLR.

3) Tripod

Untuk hasilkan video yang baik, tripod adalah komponen penting. Ciri paling penting untuk suatu tripod ialah ianya mesti stabil. Ini untuk elakkan dari gegaran masa rekod video.

Tripod Manfrotto MK290LTA3-3WUS adalah pilihan yang baik untuk video. Ianya stabil dan kepala tripod tu ada pemegang untuk anda kawal semasa merekod video.

4) Lampu pencahayaan

Jika anda buat video anda bercakap depan kamera dan anda tak ada ruang yang luas, Meking Ring Light mungkin sesuai untuk anda.

Namun kalau anda ada ruang, anda boleh gunakan 3-point lighting. Dalam 3 point lighting ni ada dua lampu yang berhadapan dengan anda dan satu di belakang. Ianya menghasilkan pencahayaan yang baik memenuhi wajah anda.

Untuk tujuan ni anda boleh beli lampu softbox. Tapi secara personal saya lebih suka guna 3 lampu LED kerana ianya lebih mudah alih.

Yongnuo YN300 AIR adalah salah satu produk lampu LED yang anda boleh gunakan. Kalau anda beli lampu ni, jangan lupa untuk beli light stand.

5) Backdrop

Kalau anda tiada latar belakang yang baik di rumah atau pejabat, anda boleh gunakan backdrop untuk hasilkan latar belakang neutral. Contohnya berwarna putih atau hitam.

Untuk yang berminat nak buat live streaming macam permainan video, elok cari backdrop yang berwarna hijau. Dengan backdrop hijau anda boleh paparkan kepala anda dengan background yang transparent semasa live streaming.

6) Aplikasi

Untuk menyunting video, anda perlukan video editor yang baik. Secara personal saya gunakan Adobe Premiere Pro.

Tapi ianya agak mahal dan anda perlu bayar langganan setiap bulan. Walaupun begitu, kemahiran Adobe Premiere ni sangat bernilai dan kemahirannya boleh bawa anda pergi jauh.

Kalau anda tak cukup bajet, anda boleh gunakan aplikasi percuma macam Filmora Free. Tapi cirinya agak terhad. Walaupun anda boleh upgrade kepada Filmora Pro, ianya agak mahal berbanding Movavi Video Editor.

Saya sukakan Movavi ni kerana cirinya lebih kurang sama dengan Filmora Pro dan harganya lebih murah.

Tips Nak Buat Saluran Youtube Yang Berjaya

1) Jadi diri sendiri

Bila anda nak buat saluran Youtube yang berjaya, pilihlah niche yang anda suka dan dekat di hati. Ada orang pilih niche tertentu kerana percaya niche tu lebih menguntungkan.

Tapi nak buat video ni anda perlu konsisten dan yang paling penting sekali anda passionate dengan topik yang anda pilih tu.

Semasa buat video pula, jadi diri sendiri dan tak perlulah nak fake siapa diri anda. Jika anda seorang yang kelakar, tunjukkan. Tak payah acah-acah professional.

Kita tengok speaker kat ML Studio misalnya. Kita nampak mereka jadi diri sendiri dan mereka passionate dalam topik yang mereka bincang. Itulah antara kunci mengapa video dari ML Studio ni berjaya.

Apa yang paling penting sekali ialah anda mesti connect dengan penonton video anda. Bila anda nampak fake, penonton akan tahu. Dan ianya tak membantu anda untuk hasilkan video yang mantap.

2) Yakin diri bila berdepan dengan kamera

Bila berdepan dengan kamera, anda perlu nampak yakin. Barulah penonton yakin dengan apa yang anda nak sampaikan.

Keyakinan ni sebenarnya anda boleh latih. Anda boleh berlatih sebelum rekod video yang sebenar. Atau kalau kat rumah tu, praktis je kat depan cermin dan tengok ekspresi anda.

3) Pastikan video anda berkualiti tinggi

Satu kajian pernah dibuat sebelum ni dan kajian tu dapati video yang berada pada ranking teratas adalah video yang dihasilkan dengan berkualiti tinggi.

Kualiti bukan sahaja dari sudut konten bahkan juga kualiti video. Sebab tulah kalau boleh anda laburkan wang untuk beli peralatan yang baik dan juga belajar macam mana nak buat video yang bagus.

Saya cadangkan anda ikuti kursus untuk buat video dari Udemy bertajuk [How to make video]. Saya dah ikuti kursus ni sampai habis dan saya memang recommend. Kualiti kursus ni memang top-notch.

4) Buat nama saluran yang baik

Bila nak pilih nama channel Youtube anda, pilihlah nama yang baik. Seeloknya nama tu pendek, catchy dan mudah penonton nak ingat. Nama tu juga kalau boleh menggambarkan konten atau niche anda.

Nama channel yang baik akan buat pengunjung tertarik untuk lihat lebih banyak video-video yang anda hasilkan. Jadi bila nak pilih nama saluran, take your time. Jangan gelojoh bubuh nama.

5) Beri buah pendapat

Bila anda pilih suatu niche, besar kemungkinan memang dah ada pesaing yang pilih niche yang sama.

Kalau anda buat konten yang lebih kurang sama dengan depa, kenapa penonton nak tengok video anda? Ye tak?

Cara anda nak beza atau posisikan saluran anda ni dengan memberikan lebih banyak pendapat atau ulasan yang unik. Pesaing mungkin ada pendapat mereka, anda dengan pendirian anda.

Take your own spin orang putih kata. Jangan takut untuk berbeza.

Tak apa kalau pendapat anda tu orang tak suka. Dari situ sebenarnya anda dapat cipta perdebatan yang mana mungkin melariskan lagi tontotan.

6) Tajuk dan sangat penting

Tajuk dan gambar thumbnail video anda sangat penting. Penonton Youtube ni buat keputusan nak tengok suatu video atau tak, berdasarkan tajuk dan thumbnail.

Ciptalah tajuk yang kena dengan emosi penonton anda. Ambil masa untuk reka gambar thumbnail yang baik. Anda boleh gunakan apps macam Canva untuk tujuan ni.

7) Upload video baru dengan konsisten

Kalau anda nak channel anda berjaya, anda mesti hasilkan video dengan konsisten. Sebolehnya anda tetapkan suatu tempoh yang mana anda mesti upload video baru.

Pada pendapat saya, untuk permulaan anda boleh upload video baru pada setiap bulan ataupun setiap minggu. Nak upload hari-hari pun boleh kalau larat.

Apa pun bila anda upload tu, buatlah pada hari yang sama setiap bulan atau minggu. Dalam saluran anda pula, buat channel description dan beritahu pengunjung yang anda akan upload video terbaru pada sekian hari, setiap minggu atau bulan.

Sebab tu jugalah saya cadangkan anda, anda mesti ada jadual konten. Dalam jadual ni, anda plan apakah konten yang perlu dihasilkan dan dimuatnaik.

Bila anda buat secara konsisten, insyaAllah saluran anda akan berjaya.

Penutup

Semoga artikel Cara Buat Duit Dengan Youtube ni memberi inspirasi kepada anda. Selamat berjaya!

Filed Under: Pemasaran Video

Reader Interactions

Comments

  1. Petani sayuran Pahang{Yusri) says

    May 24, 2020 at 12:52 am

    Mohon tunjuk ajar lebih detail sebab saya selalu upload di page FB
    wasap 0176637155

    Reply
    • KALAIvani says

      January 3, 2021 at 7:01 pm

      Saya pun nak bukka you tube Cara dapat duvit bolekke

      Reply
  2. Hanazril says

    September 13, 2020 at 4:18 am

    It’s good

    Reply
  3. Sahfizat says

    September 26, 2020 at 10:09 am

    mohdsahfizatpijat@gmail.com

    Reply
  4. Sahfizat says

    September 26, 2020 at 10:17 am

    Kalau saya nak buat video apa pon bole ke

    Reply
  5. Yusof haikal says

    November 20, 2020 at 3:09 pm

    Ok kut

    Reply
  6. shafina says

    November 29, 2020 at 12:07 pm

    yes

    Reply
  7. Mimie says

    December 10, 2020 at 8:13 am

    Hai..nak tahu lebih lanjut

    Reply
  8. Roal Alro says

    January 31, 2021 at 11:12 pm

    Assalamualaikum…saya nak sangt try buat video kat youtube ni…..saya baca dari awal sampai habis perincian yg dikongsikan..inshaAllah boleh membantu saya….

    Reply
  9. Jaa says

    May 3, 2021 at 7:10 am

    Tolong tunjuk ajarku sifu..

    Reply
  10. NORHANIM ABAS says

    May 10, 2021 at 6:44 am

    cara bagaimana mula2 nk buat youtube channel yg berdaftar

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Langgan Panduan Terkini

Jika anda serius nak mendahului pesaing dalam pemasaran online, langgan artikel terbaru dari kami sekarang!

Artikel Terkini

  • Cara Buat Copywriting Power Untuk Ayat Iklan Dan PromosiCara Buat Copywriting Power Untuk Ayat Iklan Dan Promosi
  • bina komputerCara Nak Bina Komputer Untuk Edit Foto Dan Video
  • cara buat duit dengan youtubeCara Buat Duit Dengan Youtube Dalam Langkah Mudah
  • 7 Strategi Pemasaran Online Luar Biasa Untuk Bisnes Kecil7 Strategi Pemasaran Online Luar Biasa Untuk Bisnes Kecil
  • cara buat duit dengan perniagaan online14 Cara Buat Duit Dengan Bisnes Online Tanpa Modal Besar

Copyright © 2022 · AdRevolusi On Genesis Theme · Log in

Berikan Bisnes Anda Kelebihan

Tak ramai yang berkongsi ilmu pemasaran online dengan mendalam seperti kami lakukan. Jika anda berminat nak majukan bisnes anda dalam dunia digital, langgan artikel terbaru kami sekarang.