Dalam artikel ni saya nak kongsikan tentang cara nak buat bisnes online. Saya akan tunjukkan langkah yang anda perlu buat untuk jana pendapatan yang konsisten dari perniagaan online anda. Jom kita mula.
1) Pilih niche yang sesuai
Pertama sekali yang anda kena tentukan bila nak buat bisnes online ialah tentukan niche atau lapangan bisnes anda. Ada banyak niche yang anda boleh pilih, ini termasuklah niche:
- Kecantikan
- Kesihatan
- Fesyen
- Sukan
- Gajet
- Berita semasa
Bagi saya bila nak pilih niche ni, seeloknya pilihlah niche yang anda minat. Ini nak pastikan anda boleh terus konsisten buat konten dan juga aktiviti pemasaran.
Namun untuk setiap niche ni ada cabaran yang berbeza. Anda kena tahu dengan siapa anda bersaing dan juga trend niche anda.
Sebagai contoh, jika anda nak buat bisnes online dalam niche ‘personal finance’ misalnya, anda akan bersaing dengan banyak bisnes online yang dah lama bertapak. Macam iMoney dan juga Loanstreet misalnya.
Nak bersaing dengan mereka ni taklah mustahil. Tapi perlukan masa, modal dan tenaga kerja yang banyak.
Daripada bersaing dengan gergasi dalam pasaran, apa yang anda boleh buat ialah dengan mengecilkan lagi niche anda.
Mungkin daripada buat website Bahasa Inggeris, anda tukar jadi website yang berbahasa Melayu dengan niche ‘kewangan peribadi’.
Nak tahu siapa pesaing anda ni anda boleh Google. Kalau anda nak tengok siapa pesaing dalam niche ‘baju muslimah’ misalnya, taip je kata kunci tu dalam Google.
Hasil carian laman pertama tu lah bakal pesaing anda. Layari website mereka dan tengok konten yang dihasilkan. Adakah anda boleh menang kalau bersaing?
Selain itu, gunakan juga tool macam Google Trend untuk tengok permintaan tentang niche anda. Adakah makin menurun? Atau adakah bermusim?
Kalau boleh kita nak mulakan bisnes online kita dalam niche yang mana trendnya meningkat. Dan penting juga bisnes tu tak bermusim.
Ni nak pastikan pendapatan bisnes online kita tu konsisten sepanjang tahun. Ataupun sekurang-kurangnya kita bersedia.
Niche macam ‘homestay’ misalnya dah tentulah mengikut musim. Pendapatan anda pun tak tentu. Bila musim perayaan atau hujung tahun, permintaan tinggi. Di luar musim, pendapatan anda pun terkesan.
2) Bina identiti bisnes online anda
Untuk mulakan bisnes online anda perlu bina identiti bisnes online anda. Ada beberapa perkara yang anda kena buat.
Pertama anda kena tentukan nama bisnes anda. Pilihlah nama bisnes yang senang orang nak ingat dan sesuai dengan niche anda.
Nama bisnes ni pula anda kena pastikan ianya konsisten. Kalau boleh pastikan nama tu nama yang masih boleh digunakan untuk pendaftaran perniagaan dan juga nama domain.
Saya sendiri pernah buat silap ni. Saya daftar nama domain dulu. Tiba-tiba bila buat carian nak daftar perniagaan, nama yang saya nak tu dah ada orang lain ambil. Dah jadi tak konsisten.
Bila anda dah ada nama yang sesuai, seterusnya tentukan identiti jenama. Jenama ni sebenarnya berkait rapat dengan customer experience.
Apa yang anda nak orang rasa bila mereka berurusan dengan anda?
Daripada pengalaman tu lah anda simbolikkan dengan logo syarikat, warna yang digunakan dan cara anda berhubung dengan pelanggan.
Sebagai bisnes online, tak kira apa jua niche anda, pendapat saya anda perlu ada website atau blog.
Website ni memang penting sebagai rumah anda. Anda boleh kawal konten, ciri dan juga rekabentuk website untuk menepati jenama anda.
Website juga bina kredibiliti dan menjadi portal untuk pelanggan tahu lebih lanjut tentang anda.
Nak bina website yang baik bukan sahaja dari segi ciri dan rekabentuk. Anda mesti dapatkan hosting yang baik.
Jika anda serius nak jana pendapatan dari bisnes online, saya cadangkan anda guna hosting Siteground.
Saya secara personal dah buat banyak projek website dengan Siteground. Server Siteground ni laju dan khidmat pelanggannya sangat baik. Anda boleh chat je dengan mereka untuk selesaikan masalah.
Kalau anda berminat nak gunakan hosting ni boleh ikuti link di bawah:
3) Kenal pasti bakal pelanggan melalui customer avatar
Soalan yang anda kena tanya ialah siapa bakal pelanggan anda? Dan apa sebenarnya masalah yang mereka hadapi.
Nak kenal bakal pelanggan anda ni, anda boleh buat apa yang dipanggil sebagai customer avatar. Customer avatar bermaksud ciri-ciri pelanggan yang ideal dengan apa yang anda tawarkan.
Bila kita buat customer avatar, kita kena ambil kira antara lain:
- Latar belakang pembeli
- Anggaran pendapatan
- Umur
- Jantina
- Lokasi
- Pekerjaan dan industri mereka bekerja
- Masalah yang mereka hadapi
Kenapa customer avatar ni penting?
Bila kita kenal pelanggan kita, kita boleh buat pemasaran yang kena dengan sasaran kita. Sebagai contoh..
Katakan sekarang ni niche kita ialah konsultan strategi business. Dan target pasaran kita adalah pemilik bisnes yang berumur 35-50.
Kalau bakal pelanggan macam ni, takkanlah kita nak buat mesej pemasaran yang nadanya “bro bro” sama dengan produk jual ubat kurus yang lebih santai. Itu baru tentang mesej, belum lagi tentang medium pemasaran.
Nak buat customer avatar ni senang je. Tulis je dalam Microsoft Word atau Excel perkara-perkara yang saya sebut tadi.
Jika anda baru mulakan bisnes, anda mungkin berdepan dengan cabaran bila nak buat customer avatar. Tapi takpe, anda boleh teka je dulu. Bila dah ada pelanggan nanti anda boleh kumpul data ni perlahan-lahan.
Namun begitu jika anda dah ada bisnes, anda boleh berhubung dengan orang yang buat jualan dalam syarikat anda (atau anda sendiri) untuk dapatkan maklumat yang lebih lanjut tentang ciri-ciri pelanggan anda.
Yang saya nak tekankan juga kat sini ialah anda perlu kenal pasti apa masalah pelanggan anda hadapi. Bukan setakat teka je, bahkan anda kena menjiwai dan tulis masalah mereka dalam customer avatar anda.
Sebagai contoh, jika anda dalam niche kecantikan dan kuruskan badan, dialog peribadi mereka mungkin seperti berikut:
- Susahnya nak kurus. Dah macam-macam cara buat.
- Malunya, baju dah makin sendat pula
- Nak exercise tapi tiada masa
- Macam mana cara nak control makan. Banyak sangat pendapat.
Setiap struggle yang mereka hadapi ni mungkin ada penyelesaian yang anda boleh berikan.
4) Tentukan produk
Bila anda dah pilih niche dan tahu siapa pelanggan, seterusnya anda kena tahu produk apa yang anda boleh tawarkan kepada mereka.
Produk ni mesti jadi solusi kepada masalah yang dihadapi pelanggan. Kriteria produk yang baik termasuklah produk yang:
- Memberikan hasil yang berkesan
- Berikan hasil yang lebih pantas berbanding produk lain
- Memudahkan kerja melalui automasi misalnya
- Kosnya lebih murah
Dalam bisnes online, produk yang anda tawarkan boleh jadi dalam beberapa bentuk. Dan kadang-kadang tidak straight forward.
Yang paling biasa adalah produk fizikal. Contohnya, macam baju, kasut dan lain-lain.
Dalam model bisnes ini, anda terima pesanan pelanggan dan kemudian poskan barangan yang mereka beli.
Kedua ialah melalui dropshipping atau affiliate marketing. Dalam bisnes ini, anda tiada produk fizikal. Sebaliknya anda promosikan produk orang lain.
Bila terjual, anda akan terima komisyen jualan. Dalam model bisnes ini, sebenarnya produk anda adalah konten atau copywriting yang anda hasilkan.
Ketiga, melalui pengiklanan macam Google Adsense. Saya bagi contoh macam website Siakapkeli. Siakapkeli ni tak jual barangan. Mereka tak buat affiliate marketing atau dropship.
Fokus utama mereka adalah untuk dapatkan trafik sebanyak mungkin di website atau Facebook page. Di website ini mereka pasang Google Adsense yang akan paparkan iklan dari jutaan pengiklan yang gunakan platform Google Ads.
Siakapkeli akan terima bayaran bila ada pengunjung yang klik iklan tersebut.
Keempat, ada bisnes online yang tak fokus untuk jana pendapatan pun. Haa macam mana tu? Bisnes online macam ni biasanya melibatkan kerjaya konsultan macam ejen unit amanah atau takaful.
Tujuan utama website mereka adalah untuk dapatkan bakal prospek yang mereka akan jumpa dan close secara offline. Ini kita panggil sebagai tujuan lead generation.
Macam mana pula dengan bisnes anda? Produk macam mana yang anda akan tawarkan?
Apa pun…
Anda kena luangkan masa betul-betul untuk kaji produk apa yang anda nak jual. Boleh jadi, tiada produk yang mampu kita pasarkan.
Lebih-lebih lagi jika anda pilih nak buat affiliate marketing atau dropshipping.
Ini kerana cabaran utama di Malaysia ni ialah nak dapatkan produk affiliate yang baik untuk dipasarkan. Banyak produk saya dapati kurang berkualiti dengan landing page yang lemah.
Kita mungkin mampu salurkan trafik, tapi bila produk tu orang tak yakin dan landing page yang tak meyakinkan prospek, kita akan gagal close sebarang jualan.
5) Kenalpasti di mana pelanggan dan guna medium yang sesuai
Selain daripada mengenali bakal pelanggan, anda juga perlu tahu dekat mana mereka berada di alam maya. Ada yang berada di soial media seperti Facebook, ada di Instagram.
Ada juga yang hanya bergantung dengan enjin carian seperti Google. Mereka buat carian dan jumpa website kita.
Semuanya bergantung kepada jenis niche yang kita buat. Saya bagi contoh. Niche yang visual macam fesyen dan makanan, sesuai dengan media sosial dan juga website.
Namun jika anda seorang tukang kunci atau kontraktor yang fokus kepada lead generation misalnya, media sosial mungkin tak berapa sesuai. Ini kerana pelanggan anda tu hanya wujud dengan niat nak cari tukang kunci. Ini kita panggil sebagai search-intent.
Untuk bisnes online sebegini, adalah lebih sesuai jika anda fokuskan usaha anda untuk menang di enjin carian seperti Google.
Bila anda nak tentukan di mana pelanggan anda berada, gunakan customer avatar yang anda dah buat. Kat situ anda akan dapat idea medium mana yang anda patut fokus.
Tapi bukan ke elok fokus terus di banyak medium pemasaran?
Ok. Mari saya sambung…
Medium pemasaran online ni ada banyak:
- Website
- Youtube
- Vimeo
Setiap medium ni ada cara pemasaran yang berbeza dan perlukan usaha untuk nampak hasilnya.
Inilah punca utama kenapa bisnes online boleh gagak. Kita cuba untuk guna sebanyak mungkin medium. Akhirnya kita hilang fokus.
Lama-kelamaan bila tiada hasil dan pendapatan, kita give up dan terus berhenti dari buat bisnes online.
Bila kita baru bermula, seeloknya pilih dua medium sahaja. Anda tak perlu guna paid media lagi.
Untuk kebanyakan bisnes, saya cadangkan konsep push dan pull marketing.
Push bermaksud kita buat pemasaran terus kepada pelanggan macam macam Facebook. Dalam push marketing, mesej pemasaran kita tu kita sampaikan secara rawak. Target kita tu boleh jadi orang yang nak membeli atau memang tiada niat nak beli pun.
Dalam pull marketing pula, kita tarik orang kepada medium pemasaran kita. Biasanya kita buat ni dengan menghasilkan konten dalam website. Konten ni akan menarik bakal pelanggan melalui enjin carian seperti Google. Dalam kata lain, pull marketing ni adalah berdasarkan search intent.
Pada pendapat saya, website dan facebook adalah kombinasi yang baik untuk permulaan. Jika bakal pelanggan anda adalah orang muda, mungkin website dan Instagram juga sesuai.
6) Fahami sales funnel bisnes online anda
Dalam poin kedua saya beritahu anda kena kenal pelanggan anda. Tapi tu belum cukup sebenarnya.
Anda juga perlu tahu bagaimana perjalanan mereka berinteraksi dengan bisnes anda sehinggalah mereka buat belian. Inilah yang dipanggil sebagai sales funnel.
Sales funnel untuk setiap niche ni berbeza. Saya akan tunjukkan dua model sales funnel supaya anda faham.
Contoh 1: Sales Funnel Untuk Servis
- Prospek buat carian di Google tentang insuran hayat. Mereka nak tahu lebih lanjut
- Mereka jumpa website dan konten anda
- Anda tawarkan info lanjut dan dapatkan emel mereka
- Anda hantar email yang relevan untuk bina autoriti
- Prospek buat belian dengan anda
Contoh 2: Sales Funnel Untuk Produk Fizikal
- Prospek nampak iklan anda di Facebook atau Google
- Mereka lawati website anda
- Kalau mereka tak buat belian, anda pasang tracking cookies dan ‘tangkap’ mereka.
- Anda buat remarketing
- Prospek kembali ke website anda dan buat belian
- Anda dapatkan email mereka dan buat promosi seterusnya
Dalam sales funnel ni, anda nak pastikan produk atau jenama anda tu ada di setiap langkah yang prospek tu buat, sehinggalah mereka buat belian.
Pada setiap langkah yang bakal pelanggan buat, anda mesti rancang strategi bagaimana nak pastikan pembeli sedar anda mempunyai solusi dan yakin penyelesaian anda adalah yang terbaik.
7) Kenalpasti rutin perniagan online anda
Seterusnya anda perlu kenal pasti apakah aktiviti yang perlu anda buat untuk capai objektif bisnes anda.
Aktiviti bisnes online ni sebenarnya sangat berkait rapat dengan jenis bisnes dan sales funnel anda. Pada setiap komponen sales funnel, rancanglah bagaimana nak bantu bakal pelanggan buat keputusan yang betul dengan memilih produk anda.
Apa pun komponen sales funnel anda, biasanya anda tak dapat lari dari aktiviti berikut:
- Menghasilkan konten
- Menghasilkan copywriting untuk produk
- Kemaskini website dan laman sosial
- Buat follow up dengan prospek
- Closing prospek
Jika anda terlibat dengan produk fizikal, memesan dan menghantar barangan.
Dalam pemasaran konten, anda menyediakan info yang berguna untuk menarik atau mengekalkan pelanggan anda. Copywriting pula adalah jenis konten untuk memujuk prospek beli produk anda. Copywriting biasanya dihasilkan dengan landing page.
Bila anda dah hasilkan konten di website, anda juga perlu optimumkan konten anda untuk enjin carian. Ini kita panggil sebagai search engine optimization. Topik ini merupakan topik besar diluar skop artikel ini.
Akhir sekali, anda juga perlu pertimbangkan bagaimana prospek berhubung dengan perniagaan online anda dan cara nak buat closing.
Prospek ni akan berhubung dengan kita paling minimum dalam 2 situasi:
- Sebelum jualan
- Dan selepas jualan
Bila prospek hubungi kita sebelum jualan, mereka mungkin ada persoalan tentang produk yang ditawarkan. Ini mungkin bermaksud niat nak buat belian tu dah ada. Tinggal nak close je.
Anda mesti ada suatu sistem untuk simpan contact mereka dan kategorikan prospek tersebut berdasarkan sales funnel anda. Ini penting terutama untuk bisnes online untuk tujuan lead generation atau melibatkan produk yang mahal.
Sebagai contoh, seorang kontraktor misalnya mungkin perlu memberikan quotation kepada prospek. Prospek kemudian akan buat pertimbangan dan kemudian beritahu keputusan mereka. Mereka mungkin juga akan minta revision dibuat dengan quotation tersebut.
Dalam sales funnel begini, adalah bijak jika kontraktor tersebut kategorikan prospek seperti berikut:
- Pertanyaan
- Quotation
- Menunggu jawapan
- Revision
- Prospek setuju dan jalan kerja
Untuk kategorikan prospek sebegini kita boleh je guna aplikasi seperti Microsoft Excel ataupun Trello. Bila kita ada sistem begini, tugas kita akan lebih efektif. Kita tahu apa yang perlu dibuat untuk push customer sehingga buat belian.
Sebenarnya apa yang saya ceritakan ini adalah asas kepada Customer Relationship Management atau CRM. Dekat luar sana ada banyak aplikasi CRM yang anda boleh gunakan. Tapi kalau anda baru bermula, guna je la aplikasi yang saya sebut tu.
8) Kenal pasti sumber yang diperlukan
Nak jalankan apa-apa bisnes pun perlukan sumber. Bila kita sebut sumber, benda pertama yang keluar dalam minda kita mungkin duit dan masa.
Memang betul. Tapi kita boleh butirkan sumber ni dalam pecahan yang lebih jelas dengan menggunakan konsep 5M.
- Man
- Machine
- Material
- Methods
- Management
Yang pertama ialah ‘man’ atau sumber manusia. Ini boleh jadi kita sendiri atau pekerja.
Man juga boleh jadi rakan niaga kita. Bila kita baru bermula, eratkanlah silaturrahim dengan mereka. Ini termasuklah:
- Pembekal produk
- Mentor
- Peniaga dalam idustri sama
- Peniaga dalam industri berlainan.
Kedua ialah machine atau alatan. Nak buat bisnes online ni alatan minimum yang kita perlukan ialah komputer dan juga telefon bimbit. Anda mungkin perlukan alatan yang lebih, semakin kompleks bisnes anda.
Ketiga ialah material atau bahan mentah. Bahan mentah dalam bisnes online ni boleh jadi bahan untuk hasilkan produk fizikal. Atau ianya boleh jadi juga informasi atau ilmu yang anda perlukan untuk hasilkan konten dan copywriting.
Keempat ialah method atau cara. Ini merujuk kepada SOP bisnes anda. Semua aktiviti teras bisnes ini, anda mesti buat dengan konsisten dan perlu ada SOP tersendiri. Lebih-lebih lagi jika anda ada pekerja yang bantu anda uruskan. Tanpa disiplin dan inisiatif, bisnes online sukar nak berjaya.
Kelima ialah pengurusan untuk kawal selia semua operasi bisnes dan sumber-sumber ni. Ini boleh jadi anda atau orang yang anda lantik.
Kesemua sumber ni perlukan wang atau masa, atau kedua-duanya sekali. Sebagai contoh, bila kita lantik pekerja, kena bayar gaji. Dan pada masa sama, kita perlu latih pekerja tu untuk jadi lebih mahir.
9) Uruskan kewangan bisnes online anda
Apa jua bisnes termasuk bisnes online perlu jana keuntungan untuk kekal bertahan dan seterusnya berjaya.
Dan banyak bisnes gagal bertahan bukan sebab tak buat duit, tapi kerana tiada pengurusan kewangan yang baik.
Bila baru bermula, tak payahlah kita berangan dapat keuntungan yang besar yang mampu tampung hidup kita.
Saya cadangkan anda laburkan hasil perniagaan dalam bisnes online anda. Bila pendapatan dah makin konsisten, tetapkan gaji berapa dan jangan ambil duit bisnes anda lebih dari gaji yang anda tetapkan.
Baik…
Sekarang mari kita rancang kewangan.
Sebelum anda mula, buat bajet bulanan bisnes online anda. Tentukan berapakah kos untuk jalankan aktiviti bisnes seperti yang saya terangkan dalam poin ketujuh.
Bila anda dah anggarkan kos ni, kira berapakah jualan minimum yang anda perlukan.
Sebagai contoh, katakan kos bulanan anda ialah RM1500. Jualan minimum yang anda perlukan ialah RM1500 juga.
Andaikan satu produk harganya RM100. Dekat sini anda tahu, anda perlu jual 15 produk untuk cover semua kos anda.
15 produk inilah yang kita panggil sebagai breakeven point.
Seterusnya tetapkan matlamat jualan anda berdasarkan target anda. Mungkin 40 produk misalnya, untuk jana keuntungan RM2500 (RM4000 pendapatan – RM1500 kos bisnes).
Data daripada bajet bulanan inilah yang anda mesti guna untuk bandingkan dengan data sebenar setelah anda mulakan bisnes. Perbandingan antara bajet dan juga data sebenar ni kita panggil sebagai variance analysis.
Apa pun, anda juga perlu pastikan anda rekod pendapatan dan perbelanjaan anda dengan betul. Bila anda isu invois atau terima resit, simpan betul-betul dokumen tu untuk rujukan kemudian.
Di akhir bulan, teliti akaun bank anda dan kenalpasti semua duit masuk dan keluar. Akaun bank ini jugalah anda boleh gunakan untuk hasil penyata untung rugi dengan mudah untuk permulaan.
10) Pastikan anda patuh undang-undang
Jangan lupa juga tentang aspek perundangan bila kita buat bisnes ni.
Sebagai bisnes online anda kena daftar perniagaan anda dengan SSM. Kalau anda baru bermula, saya tak cadangkan anda daftar syarikat sendirian berhad. Daftar enterprise je dulu.
Syarikat sendirian berhad ni sebenarnya banyak aspek perundangan yang anda kena patuh. Jangan pandang rendah tentang keperlukan nak patuh undang-undang ni.
Ada kos audit, secretary dan anda mungkin perlu upah seorang akauntan untuk buat semua ni dengan baik.
Setiap tahun, isytiharlah pendapatan bisnes online anda kepada LHDN. Andai kata anda ada pekerja pula, pastikan anda carum KWSP dan SOCSO mereka.
Inilah antara badan yang anda perlu patuh. Jangan lari dari kewajipan. Setahun dua boleh la terlepas, tapi bila kita penalti pening kepala nanti.
Bagi saya, clean business is good business.
Leave a Reply